me and my music ^_^

i am what i am!!

My photo
I am just a simple girl. Seorang gadis yang sedang-sedang dalam segala aspek bermula dari A sampai Z. Kalau nak tahu pasal aku boleh tanya. As simple as that. My dream is to be love by someone who will be a father of my kids and not to be hurt. So typical right?

blogger buddies!! ^^"

Showing posts with label waah. Show all posts
Showing posts with label waah. Show all posts

Tuesday, March 18, 2014

#21 : Waiting you.

Waiting is painful, forgetting is painful but not knowing which to do is the worst kind of suffering. -Shaz Johar-

Ok. This is one of my favorite. 


Saturday, February 16, 2013

Islam dan Politik...

Aku bukan nak sebelah mana2 parti tapi kata2 almarhum terkesan kat hati aku...  Serban jubah tak melambangkan apa2 tapi apa yang kita buat, perjuangan kita tu yang menampakkan siapa kita...


Salam ukhwah... Zaman Rasulullah S.A.W pun dah ada politik. Ia dinamakan sebagai sahsiah Rasulullah S.A.W. Allah S.W.T ada menyebut tentang politik di dalam al-Qura'n sebanyak 80 kali. Beza nya , politik zaman Rasulullah S.A.W adalah diantara Islam dan kafir untuk menakluk sesuatu daerah supaya dapat menyebarkan Islam secara mnyeluruh... Tapi politik zaman kini hanya segelintir yang benar2 berpolitik untuk agama Allah, yang lain nya hanya semata-mata kerana gilakan kuasa...

Umat Islam sudah tak lagi bersatu hati dalam berpolitik. Bagaimana nak bersatu hati, menteri kita sendiri tolak hudud (hukum Allah)... Barangsiapa yang menolak hudud, maka bersiap sedialah dirinya utk dibakar dalam neraka. (Naudzubillah)...dan sesiapa yang mengundi Parti yang Tolak Hudud seumpama dia menolak hudud... 

Ingat lah, politik yang sebenar-benar adalah menakluki negara untuk agama Allah bukan untuk negara dan kepentingan diri semata-mata...Politik itu amatlah penting dalam Islam kerana para sahabat radhiAllahuanhum juga berpolitik untuk agama Islam. 

Islam adalah syumul dan merangkumi seluruh aspek kehidupan...
“Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya petunjuk dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukainya.” (QS. At Taubah 9: 33). 
Rasulullah S.A.W adalah petunjuk dan rahmat bagi seluruh alam...Pada batang tubuh baginda adalah suri teladan yang baik, Rasulullah S.A.W tidak memisahkan politik dari agama... 

Sekiranya politik adalah haram, mengapakah Rasulullah S.A.W menjadikan Madinah Munawwarah sebagai negara Islam dan mewujudkan Perlembagaan Madinah? Politik yang mengikut acuan Islam dan mengikut sunnah Rasulullah S.A.W adalah politik yang perlu kita ikuti, yang harus kita teladani...

Seandainya dikatakan Islam menolak politik masakan Rasulallah S.A.W menegakkan daulah Madinah sebagai bandaraya Islam pertama dunia. Itulah Islam, syumuliah (sifat kesempurnaan) tak kira politik, cara hidup, ibadat, akhlak dan sebagainya...

Oleh itu, bersyukurlah anda sebagai Muslim... Yakinlah kepada para 'alim ulama'...Kerana ulama' adalah warasatul anbiya' (ulama' adalah pewaris para nabi) dan nabi menolak pemimpin yang menolak agama demi dunianya... Inilah pemimpin zalim yang mahu menghumban rakyat bersamanya ke neraka... (Naudzubillah)...

Sahabat2... Rasululullah S.A.W telah menyebut 1500 tahun dahulu lagi: 
''Akan datang satu zaman, Ummah akan jauh daripada Ulama' dan Fuqaha' (mereka bukan lagi sebagai ikutan, malah dibenci)...'' 
UMMAH IKUT SIAPA? Mereka ikut Ahli Dunia, Ahli Maksiat, sanjung Artis dan sebagainya...

Lalu Allah menurunkan bala buat mereka degan 3 jenis bala: 
  1. Dicabut keberkatan rezeki (ekonomi) mereka... 
  2. Dibiarkan mereka dikuasai oleh Pemimpin yang Zalim (faham2 sendiri...) 
  3. Mereka dibiarkan mati dalam keadaan tidak membawa Iman bersama mereka... (disebabkan mereka menolak orang 'Alim ulama', menghalang kerja da'wah lalu matilah dalam kejahilan...)
BAGAIMANA NAK PULIH?
Pegang Ulama', ikut nasihat mereka, hormati org 'alim ulama', dan jadikan mereka sebagai orang yang MEMIMPIN...




**aku tak sokong sesiapa tapi jelas aku tak suka pihak yang ambil mudah pasal agama juga pihak yang mempergunakan agama... mana yang benar kita setuju, mana yang salah cuba tinggalkan dan jauhkan... aku bukan ustaz, ustazah, jauh lagi lah da'ie... tapi aku sedih tengok keadaan yang kucar-kacir macam ni... Orang cakap jangan banyak fikir sangat, tapi dah akal tu suka berfikir... Apa boleh buat... Aku pengecut sebab aku tak berani tegak kan kebenaran... Aku tak ekstrim... Aku tak macam sesetengah kawan yang lain... Aku tak berani nak ekstrim sebab aku rasa aku kerdil sangat, ye laa, ilmu tak cukup, kawal marah pun belum dapat sepenuhnya... Aku takut aku jadi angkuh kalau aku bertindak... Aku hanya mampu lihat, diam, berfikir... lemah sangat... tapi tu je yang mampu setakat ni...



Happy readings...and thanks for your time ^_^








Friday, February 15, 2013

Kriteria Lelaki Idaman...

Assalamualaikum... sebelum anda membaca lebih jauh... Harap sila sediakan baldi di sebelah kerana post ni mungkin bakal membuatkan anda muntah hijau sebab aku tulis pasal KRITERIA LELAKI IDAMAN... apa? rasa cam tak berapa jelas ke apa yang aku capslock tu? kalau tak jelas, boleh ulang baca... haha

Dah lama rasa nya tak update blog... Lagipun semangat tak de sebab rasa cam tak de sapa pun baca... Jadi sebab tu berani nak tulis entry muntah hijau cam ni... jangan jeles.. ahakz~

Alright...Maybe macam ridiculous kan ada kriteria cam ni? tapi disebabkan kegagalan dan asyik merelakan diri dikecewakan berkali-kali, aku pun terfikir untuk comes out dengan idea ni... Why don't I make a list...? alaaa....bukan nak follow sangat but at least aku lebih tegas dan tak mudah kecewa lagi lepas ni, perhaps... Who knows rite?


Kriteria Lelaki Idaman aku :

  1. Sedap mata memandang
  2. Senyuman manis
  3. Muka bersih, bercahaya (tak de la macam spot light tu cahaya nye...amboooiiii~)
  4. Hafaz at least juz Amma (juzuk ke-30 dlm al-Qur'an) dengan lancar, kefahaman serta tajwid yang betul... (kalau dapat hafaz ayat lazim semua pun dipertimbangkan laa; ayat lazim = surah ad-Dhuha hingga Fatihah)
  5. Ini gambaq adik aku mengaji di pagi Syawal 1433H dulu...~

  6. Bersifat pelindung dan pandai mengawal marah  (tahu tanggungjawab dan batas sebagai Muslim ^_^)
  7. Cintakan ilmu, suka membaca (sebab orang yang rajin membaca ni selalu berfikir)
  8. Suka fotografi (tak pandai tak pa, kalau pandai lagi bagus)
  9. Ok..ni kostum halloween... mcm kamera betul lak kan? ;)

  10. Minat muzik dan pandai bermain instrument muzik (prefer piano)
  11. Aww...I really love Maksim playing his masterpiece... Jay Chow too~

  12. Suka bola (lebih2 lagi EPL...lagi best kalau Chelsea fan macam aku...hehe)
  13. Suka menegur dan tak kisah untuk terima teguran (terbuka...berlapang dada gitu)
  14. Periang, baik dengan semua orang
  15. Berkaca mata (lelaki berkaca mata nampak handsome pada aku
  16. See... cute kan beliau? **sekadar gambar hiasan

  17. Tidak merokok
  18. Soft Spoken (lembut tutur kata, dapat ajar aku bertutur dengan penuh kesopanan dan kesusilaan...eceeehh)
  19. Baik dengan semua dan sangat lembut dalam tutur kata...  (ada ke?)

  20. Hormati yang lebih tua
  21. Pandai hargai orang sekeliling dan orang lain
  22. Berani dan cekal
  23. Tetap pendirian
  24. Positif dan berwawasan and.... last but not least is...
  25. Sweet

Tetapi... semua ni hanya igauan je...kalau ikut list ni betul2 memang tak kahwin sampai bila2... Takdir tu hanya Allah yang tahu. Abaikan apa orang nak cakap pasal list ni. Aku peduli apa? Ni blog aku kot. Tak suka jangan baca.

**Aku pernah jumpa seorang jejaka, ada 13/20 dari kriteria ni... sangat baik tapi sayang dia lupa batas kami, aku pun tinggal kan dia. Kadang2 aku rasa kejam tapi tu yang terbaik buat kami. Setakat ni 13/20 adalah high score dalam sejarah hidup aku.

Thanks for reading, friends... till we meet again~

p/s : apa ke buruk sebelum ni aku pakai finishing cikebum cikebum tu...aish... aku tengah nak cari finishing line yang sesuai untuk blog ni...oh sukar!!


Friday, December 28, 2012

Asal aku ok~

Ulas pasal tajuk panjang2 sangat pun tak guna gak kan?

Tajuk tu adalah berkaitan dengan entry aku yang ni.

Berkisar tentang kenapa aku rasa waktu sekarang ni macam kurang sesuai untuk aku berpasangan.

Ye la.. Asal aku ok sudah... ^_^

10 (SEPULUH) Sebab kenapa aku tak perlukan pasangan buat masa sekarang :

1. Aku masih belajar. (cliche sangat2 kan?)
2. Masa tak sesuai la. Aku baru lepas rabak wey. Agak2 la ko nak berpasangan terus.
3. Impian banyak lagi yang belum tercapai. (nak pegi kelilingi dunia)
4. Lifestyle, mindset, environment masih di alam bujang remaja. HOYEAH!!
5. Tengok baby memey la comel tapi kang kalau dah dia melalak malam2 aku rasa aku pun tak sedar weyyy. Nak mati kalau dapat menantu cam aku? haha
6. Pelupa teruk. (Aku boleh jadi terlupa yang aku dah kahwin nanti kalau aku kahwin skang ni) ahakz~
7. Mak aku confirm.... TAK BAGI... sebab aku taw dia kenal sangat la perangai buruk baik anak gadis dia yg sorang ni...
8. Hutang banyak, bukan tahap keliling pinggang lagi dah. Dah tahap keliling Malaysia pun ada la kot.
9. Aku bukan contoh terbaik buat kanak2 bawah umur. #Kids, please don't try this at home. haha
10. Kurang keyakinan dan kepercayaan kepada komitmen dalam perhubungan. (based on previous cases, bro)


Tapi kan, ape kejadah aku dok cangak lagi sambil bermalas-malasan? Mana azam sebakul aku yg sebelum cuti tu? Semuanye puiiii....Hampagas, pemalas teruk!!

But, May Allah bless. HE always know the best for me. Have faith, insyaAllah great things awaits you ^_^

Ok la... Ola Oli Cikebum Cikebum sekalian...



See ya!! ^_^

Muka serabak hati. Tapi hati lebih rabak. Senyum je yg mampu!

Thursday, January 5, 2012

Positif lah anda~

Dah lama tak menulis dalam ni pasal kehidupan....asyik tulis pasal cinta je...huhu :P

Nak wat guano ye dok? Dah dalam hati gue ada taman bunge gitu...tulis apa yang betul je la...Sebab aku tak kan habiskan masa aku untuk tulis pasal benda yang aku tak taw dan tak kisah semata-mata nak naik kan traffic blog aku...Tu bukan prinsip saya ye cik ka & cik abang sekalian....

Back to the topic....Apa yang korang faham pasal kehidupan? Sure rumit nye nak jawab macam rumit nak jawab soalan apa yang korang faham pasal cinta gak la kan?

Act, cinta dan kehidupan adalah sesuatu yang konsep dia tak lari jauh pun...kalau jauh pun still dapat kejar...huhu :P

Ok...pada aku....kehidupan tu...sesuatu yang tak kan sunyi dengan masalah, konflik dan benda2 yang kita tak jangka kita akan hadapi...juga benda2 yang tak dirancang.... something beyond our expectation but still something happen as consequences for any decision that we made in previous....

but for love....it's something a little bit different...love is something that difficult for u to describes it in words....hanya orang yg rasa je taw macam mana cinta....

kehidupan pula tak....semua orang merasai kehidupan....tapi tak semua sedar, merasai dan bersyukur dengan cinta yang ada dalam kehidupan....

apa2 pun....dalam semua aspek...kita mesti OPTIMIS....POSITIF selalu...kawan2 even si dia pun pernah tanya aku....

Si Dia : Kenapa aku boleh happy, macam tak de masalah je?

Kawan2 : Kenapa ko boleh tahan dengan dia? Dia macam tak layan ko je, tapi still ko boleh fikir positif kenapa dia tak layan ko?

HAH...tu la rahsia nye yang korang tak taw & sekarang aku nak bagitaw ni....

TERUJA TAK?? hehe :)

Satu je rahsia...tak rahsia pun sebenarnya.... korang cuma perlu positif dengan apa yang korang wat...Jangan pernah putus asa....Janji dengan diri sendiri untuk jadi yang terbaik....Sebab kalau janji kau dengan diri kau pun kau tak mampu nak tunai kan....apatah lagi janji kau pada orang lain....

Memang TAK lah nak tunaikan ye dak?

Contoh dalam hidup aku la : (about si dia & kawan2)

Dia ni aku yang suka dia...tapi dia yang start wat aku suka dia dulu....Aku usaha macam2 untuk wat dia rasa apa aku rasa....lama aku tunggu...aku usaha....sampai ada satu part tu aku dah nangis2 dekat kawan2 aku sebab aku tak taw nak wat apa dah...kawan2 aku sume cakap biar je dia....tak payah tunggu dia...lupakan dia.... just case nye dia tak reply mesej aku & tak jawab call aku ada la dalam 2,3 hari cam tu....Aku tak de la serbu dia terus...Aku cuma sedih je...Aku cuba untuk fikir abes positif...aku bagitaw diri aku yang dia mungkin bz gila & tak sentiasa ada dgn HP dia....Then, dia pun reply mesej aku....Rupa nya memang begitu...& dia memang bukan jenis yang berkepit dengan HP 24 jam...ok aku lega....dan aku percaya dia setakat ini....

See....macam mana pun kata orang....apa pun yang orang bagitaw kat kau....memang la kau kena dengar...tapi yang wat keputusan tu kau....yang tanggung akibat nanti kau....jadi yang kena positif kat sini pun kau la!! hehe...


btw, ari tu aku yang menggelabah biawak taw...kawan aku pn cakap...ko ni pandai cakap chill je tapi tak chill...haha :D

Ok tu je...beleter panjang pun bukan ada orang nak baca.... chillex sudaa kan?




p/s : can't wait to see him...dia cakap cuti ni dah gemuk kan dia...hehe...

Sunday, October 30, 2011

Ini surat untuk bekas kekasih si dia ^_^

Assalamualaikum w.b.t...

Sebelum saya memulakan surat saya ni...Saya perkenalkan diri saya dulu ok? Saya adalah teman bekas kekasih awak sekarang.. Saja saya menulis surat ini untuk awak...Khas untuk awak, bekas kekasih si dia yang saya sayang ^_^

Awak...

Saya di sini tidak ingin berbicara panjang pun... Sekadar ingin berkenalan dengan awak secara lebih lanjut dan mendalam...Nak gak saya taw apa yang ada pada awak sampai dia memilih awak waktu dulu... Kalau awak tak keberatan, harap dapat berkongsi cerita dengan saya ok?



Selain tu, saya juga kalau boleh nak minta pendapat awak, nak berkongsi cerita dengan awak sebab awak antara orang yang paling kenal dia selain ibu dia...Jadi saya rasa tak salah kalau saya bertanya pada awak tentang dia...Sebab saya tak mampu nak cungkil dan tahu mengenai dia melalui dia je...Lagi pun, dia tu asyik sibuk je...Dan dia tu, pemalu sangat nak bercerita dekat saya...Saya dah kenal dia melalui dia, melalui kawan-kawan dia, sedikit kenal melalui ibu dia dan jiran dia dan sekarang tinggal melaui awak je lagi yang belum...Saya nak bertanya pada awak...tapi saya segan la, lagipun kawan-kawan saya cakap saya ni buat kerja gila sebab nak bertanya hal-hal macam ni dekat awak... Saya rasa pelik...Ye la, apa yang gila nya? Betul lah, kalau kita tak tahu, mesti la kita bertanya...Tapi kalau awak tak nak dengar apa-apa lagi pasal dia....Saya faham, sebab saya pun tak pernah lagi berborak dengan kekasih bekas kekasih saya...Selalunya dorang akan benci saya sebab dorang rasa saya akan rampas semula kekasih saya... Padahal, saya tak berkeinginan pun nak rampas sesiapa apatah lagi kekasih orang...
“There is still a lot of fish in the sea, why mess with others fish?”
betul tak?

Namun, lama kelamaan, semakin mendalam saya kenali dia, semakin lama perhubungan kami, semakin saya rasa ingin berterima kasih banyak sangat kepada awak... Ye la, tanpa awak, dia mungkin tidak sematang sekarang...Sekiranya awak tiada dalam masa lalunya, pasti dia tidak seserius sekarang menghadapi realiti hidup...Kalau awak tak jadi kekasih dia dulu pastinya juga dia bukan seperti lelaki yang saya kenali sekarang...Terima kasih awak...

Saya gak nak terima kasih kat awak sebab lepaskan dia dan jaga dia dengan baik sepanjang perhubungan korang... terima kasih sebab lepaskan dia...Awak dah buka peluang untuk saya kenali dia...Saya rasa, kalau awak masih bersama dia sekarang, keadaan kita pastinya berbeza...Saya pasti tak berpeluang mengenal dia sebagaimana peluang yang saya ada sekarang...Saya hargai sangat peluang ni...dan awak adalah salah seorang yang ingin saya berterima kasih di atas peluang ini...Ye awak lah...bukan orang lain...

Awak...

Saya ada juga terbaca, terdengar dan dapat tahu kisah cinta awak berdua daripada ramai pihak tapi awak jangan risau, saya tak kisah pun dah...Mulanya, hati saya memang sakit sangat... Teramat sakit, sebab setiap denyut kesakitan yang dia rasa, saya turut rasa dalam hati saya sampai kan saya pun tak tahu kenapa... Tapi betul lah kata orang, masa bakal membetulkan segala-galanya, insyaAllah dengan izinNya....Ye saya dah pulih, saya dah boleh tersenyum dan bertegur dengan awak...sebab sakit tu dah tak rasa lagi...sebab saya dah dapat lihat senyuman dia di sebalik apa yang berlaku...Senyuman yang dah lama tak kelihatan...senyuman yang tiada pada wajahnya semasa awal perkenalan kami...

Saya tak pernah pun tak suka atau membenci atau rasa syak apa-apa pada awak...Cuma saya ingin meminta maaf kerana pada awal perkenalan saya dengan si dia, saya ada tersalah sangka pada awak...tapi tu dulu....saya harap awak sudi maafkan saya... Saya cuma tersalah sangka sebab awak pernah melukakan hati si dia yang saya sayang jadi, saya pun secara tak sengaja telah tak suka awak pada mulanya...Maafkan keterlanjuran saya ye?

Akhir kata daripada saya....Jutaan terima kasih sekali lagi yang tak terhingga sebab dah jaga dia dengan baik, beri pengajaran yang terbaik serta lepaskan dia secara baik yang secara tak langsung nye telah membuka peluang untuk saya mengenali dia....Saya bersyukur sangat atas peluang yang ada ni....Alhamdulillah...Saya berharap awak dengan dia masih dapat bersahabat seperti biasa....Saya juga berharap agar kita dapat bersahabat...Saya betul-betul ingin mengenali awak...Sekali lagi...terima kasih banyak awak...hadiah ini tak kan saya sia-sia kan,insyaAllah...Saya doakan, semoga awak turut berbahagia selalu di samping orang-orang yang awak sayang dan sentiasa berada di dalam lindunganNya...

Salam perkenalan daripada saya, teman bekas kekasih awak...


Yang benar,
Teman tapi Mesra Si Dia ; bekas kekasih awak...




p/s : surat ini ditulis setelah mendapat idea untuk menulis surat... sebarang karakter di dalam surat ini kalau ada yang tersama harap maaf tapi ini luahan hati jugak rasa nya...jangan marah-marah ye?

Sunday, October 9, 2011

Again you melt me...


Last night, we had a conversation... via handphone like usual...

I ask him so many things.... since I'm really missing him so much...

and I'm impress by his improvement... Now, he already knew how to wrote something on my FB wall... impress..

it's his first time wrote down something on my FB wall... and it's really makes me impress...after 5 month we having this kind of relation....




besides, he also did asked me what did i like? means, what i love to do? my style...

I saw that he's putting effort in knowing me better and he's giving some try to figure out something for us....

I'm relief... I'm happy... and I love him...

Ya Allah...I'm feeling so thankful for this GIFT that you gave me... I really hope that YOU'll preserve him for me... :)


p/s : I'm really grateful to be born as a girl...Since if I was born as a boy, I can't have this feeling towards you... Now that u make me discover one more reason to be grateful for born as a girl which is.... LOVING YOU, Mr. Juliet d Orange...

Monday, May 9, 2011

Applied Statistics...

aku taw...bunyi tajuk ni dah bosan kan??

ni maybe entry last aku kat JB sebelum aku balik umah kat kedah....

ye la, kat kampus aku ne leh update blog....ni pun aku update kat umah mak sedara aku....

korang nak taw tak napa tajuk entry ni macam tu?? aku agak korang mesti dah taw kan....

ni semua sebab....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

ni nama subjek n paper last yang aku akan sit untuk sem ni...jadi sayonara sementara la JB...

jumpa lagi masa short sem....aku tak sabar dah ni....

tak sabar nak balik kedah....haha ^_^


>>>>> sekadar gambar hiasan....

p/s : i'll miss u JB...esp. him....

Monday, March 7, 2011

ini ruang saya ^_^

hai sume....**bajet best sdri...haha...ari ni nk story pasal ruang aku kt bumi mitec ni...huhu







kt atas ni sume gmbar bilik aku....xla kemas sgt mcm bilik org len tp bilik ni sejuk la....dh macam d0k kt switzerland dh...!! huhu=)

ni pulak meja aku....



simple.....macam aku....xtaw nk kemas cm ne...hmm....tu je la...saja la xtaw nk tulis apa dh...kepada sume....saya x ksah pn anda nk ckp apa....room mate saya sgt nice...tp saya pk saya nk buka otel la...sbb bliau slalu balik kampung...s0 katil slalu k0s0ng....hehe...xpe2....tp best la dgn wanie....ok saya dh xtaw nk cite apa...mmg kdg2 rasa p0y0 je tulis blog...tp rasa best gak sbb b0san2 tulis je...geram n hepi pn leh tulis...ahakz....hehe...ok la...

p/s : dh2...st0p dgn saya2 tu....hehe...**aku saja nk try jd sopan sikit...huhu

Thursday, December 9, 2010

waaah.....

been a long time....adeh.....x taw la plak nk tulis apa.....cuma cuba k0rg pk....klu k0rg kna plih antara 2 brg yg mna k0rg akn pilih??

1. brg yg complete tp fungsi dia x bagus n kurang menarik....
2. brg yg hampir complete tp fungsi dia lebih bagus dan lebih menarik....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...