me and my music ^_^

i am what i am!!

My photo
I am just a simple girl. Seorang gadis yang sedang-sedang dalam segala aspek bermula dari A sampai Z. Kalau nak tahu pasal aku boleh tanya. As simple as that. My dream is to be love by someone who will be a father of my kids and not to be hurt. So typical right?

blogger buddies!! ^^"

Showing posts with label takut nye. Show all posts
Showing posts with label takut nye. Show all posts

Saturday, February 16, 2013

Islam dan Politik...

Aku bukan nak sebelah mana2 parti tapi kata2 almarhum terkesan kat hati aku...  Serban jubah tak melambangkan apa2 tapi apa yang kita buat, perjuangan kita tu yang menampakkan siapa kita...


Salam ukhwah... Zaman Rasulullah S.A.W pun dah ada politik. Ia dinamakan sebagai sahsiah Rasulullah S.A.W. Allah S.W.T ada menyebut tentang politik di dalam al-Qura'n sebanyak 80 kali. Beza nya , politik zaman Rasulullah S.A.W adalah diantara Islam dan kafir untuk menakluk sesuatu daerah supaya dapat menyebarkan Islam secara mnyeluruh... Tapi politik zaman kini hanya segelintir yang benar2 berpolitik untuk agama Allah, yang lain nya hanya semata-mata kerana gilakan kuasa...

Umat Islam sudah tak lagi bersatu hati dalam berpolitik. Bagaimana nak bersatu hati, menteri kita sendiri tolak hudud (hukum Allah)... Barangsiapa yang menolak hudud, maka bersiap sedialah dirinya utk dibakar dalam neraka. (Naudzubillah)...dan sesiapa yang mengundi Parti yang Tolak Hudud seumpama dia menolak hudud... 

Ingat lah, politik yang sebenar-benar adalah menakluki negara untuk agama Allah bukan untuk negara dan kepentingan diri semata-mata...Politik itu amatlah penting dalam Islam kerana para sahabat radhiAllahuanhum juga berpolitik untuk agama Islam. 

Islam adalah syumul dan merangkumi seluruh aspek kehidupan...
“Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya petunjuk dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukainya.” (QS. At Taubah 9: 33). 
Rasulullah S.A.W adalah petunjuk dan rahmat bagi seluruh alam...Pada batang tubuh baginda adalah suri teladan yang baik, Rasulullah S.A.W tidak memisahkan politik dari agama... 

Sekiranya politik adalah haram, mengapakah Rasulullah S.A.W menjadikan Madinah Munawwarah sebagai negara Islam dan mewujudkan Perlembagaan Madinah? Politik yang mengikut acuan Islam dan mengikut sunnah Rasulullah S.A.W adalah politik yang perlu kita ikuti, yang harus kita teladani...

Seandainya dikatakan Islam menolak politik masakan Rasulallah S.A.W menegakkan daulah Madinah sebagai bandaraya Islam pertama dunia. Itulah Islam, syumuliah (sifat kesempurnaan) tak kira politik, cara hidup, ibadat, akhlak dan sebagainya...

Oleh itu, bersyukurlah anda sebagai Muslim... Yakinlah kepada para 'alim ulama'...Kerana ulama' adalah warasatul anbiya' (ulama' adalah pewaris para nabi) dan nabi menolak pemimpin yang menolak agama demi dunianya... Inilah pemimpin zalim yang mahu menghumban rakyat bersamanya ke neraka... (Naudzubillah)...

Sahabat2... Rasululullah S.A.W telah menyebut 1500 tahun dahulu lagi: 
''Akan datang satu zaman, Ummah akan jauh daripada Ulama' dan Fuqaha' (mereka bukan lagi sebagai ikutan, malah dibenci)...'' 
UMMAH IKUT SIAPA? Mereka ikut Ahli Dunia, Ahli Maksiat, sanjung Artis dan sebagainya...

Lalu Allah menurunkan bala buat mereka degan 3 jenis bala: 
  1. Dicabut keberkatan rezeki (ekonomi) mereka... 
  2. Dibiarkan mereka dikuasai oleh Pemimpin yang Zalim (faham2 sendiri...) 
  3. Mereka dibiarkan mati dalam keadaan tidak membawa Iman bersama mereka... (disebabkan mereka menolak orang 'Alim ulama', menghalang kerja da'wah lalu matilah dalam kejahilan...)
BAGAIMANA NAK PULIH?
Pegang Ulama', ikut nasihat mereka, hormati org 'alim ulama', dan jadikan mereka sebagai orang yang MEMIMPIN...




**aku tak sokong sesiapa tapi jelas aku tak suka pihak yang ambil mudah pasal agama juga pihak yang mempergunakan agama... mana yang benar kita setuju, mana yang salah cuba tinggalkan dan jauhkan... aku bukan ustaz, ustazah, jauh lagi lah da'ie... tapi aku sedih tengok keadaan yang kucar-kacir macam ni... Orang cakap jangan banyak fikir sangat, tapi dah akal tu suka berfikir... Apa boleh buat... Aku pengecut sebab aku tak berani tegak kan kebenaran... Aku tak ekstrim... Aku tak macam sesetengah kawan yang lain... Aku tak berani nak ekstrim sebab aku rasa aku kerdil sangat, ye laa, ilmu tak cukup, kawal marah pun belum dapat sepenuhnya... Aku takut aku jadi angkuh kalau aku bertindak... Aku hanya mampu lihat, diam, berfikir... lemah sangat... tapi tu je yang mampu setakat ni...



Happy readings...and thanks for your time ^_^








Friday, May 6, 2011

tiada tajuk....

entry ni ditulis dengan penuh rasa buntu....

apa??!!! tiada tajuk.... nampak benor menipunye....yang atas tu bukan tajuk ke??

jeng3....sebenarnye kan....aku sekarang ni bz sket....hmm....

almaklumla tengah minggu final exam....sebab tu la macam ni....terbiar je blog ni...

erk....btw, tanpa membuang masa yang dah memang terbuang ni, aku nak gtaw la kat korang....

nanti abes exam aku nak debut la karya aku yang latest...aku dah tulis cuma tak taip je lagi...

tajuknye....Guys...bukan Guy Ritchie ye??



>>>>>> GUY RITCHIE....hasil sumbangan google...

tp Guys....karya ni khas untuk mereka2 yang kadang2 bermain d minda aku n melekat sikit kat hati....

watak2 dalam karya ni antaranya...

1. Sunshine ^_^
2. Z Guy
3. AB Guy
4. Mr. Sengal
5. The latest one is : Mr. Juliet d Orange

erk....i'm not sure which one of u is the most that i ever loved... **sigh #_________________#

p/s : korang tunggu je la karya aku tu ye? tak nak tunggu pun tak pe...nak tulis gak wek =P

Saturday, January 23, 2010

...kambing hitam...

kisah ni btul2 trjadi.....takut beb....patut la penjara tu cm mnyeramkn.......huh!!!!!!!!!!! Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil 'Bilik Terakhir'. Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan 'BILIK TERAKHIR ' adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan 'Bilik Terakhir' itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, 'Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa ' ' Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa ' Ha Ha Ha Ha Ha ' Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... ' hehehehehee........ ......... ..... time kaseh coz dengan kusyuknya korang baca........ p/s:- aku pun terkena...so apa salahnya aku p0st kat blog bg k0rg baca... huah...huah... huah... huahhhhhhhhhhh.=P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...