me and my music ^_^

i am what i am!!

My photo
I am just a simple girl. Seorang gadis yang sedang-sedang dalam segala aspek bermula dari A sampai Z. Kalau nak tahu pasal aku boleh tanya. As simple as that. My dream is to be love by someone who will be a father of my kids and not to be hurt. So typical right?

blogger buddies!! ^^"

Tuesday, April 5, 2011

Penulis Senja Terakhir : Senja Terakhir kami.


>>>sila klik Penulis Senja untuk ke link contest...

ini contest pertama yg aku join sepanjang kehidupan aku ber"BLOG"ing...hehe=P aku join contest ni setelah ditag oleh kak aku yg comey ni...saja la cuba nasib dalam contest ni....cerpen ni asalnya ditulis bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan kisah yang pernah aku dengar dan alami...kisah ini telah diolah mengikut kesesuaian pembaca...semoga anda terhibur dan mendapat pengajaran daripada kisah ini....segala kekurangan, harap dimaafi...ini juga merupakan cerpen pertama yang ditulis oleh aku...=)

Tajuknye senja terakhir kami...sempena dengan detik klimaks dlm cerita ini iaitu waktu senja...

Aku mencintainya segenap jiwa ragaku. Aku turut tidak mengerti waktu itu apakah sebenarnya yang aku rasakan. Pernah juga aku merasai seperti ini tetapi selama ini rasa ku tak pernah berbalas. Tatkala dia membalas rasa ku, aku jadi kaget sejenak. Aku jadi terkedu dengan diriku. Apakah benar dia buatku? Aku merenung kembali slot-slot awal kisah kami tiga hari sebelumnya. Saat dia memulakan bicara denganku. Kami hanya berkenalan menerusi khidmat pesanan ringkas (sms). Dia menghulurkan salam perkenalan buatku. Aku menyambutnya tanpa sedar, kerana ku kira dia ikhlas mahu berkawan denganku. Aku bahagia. Dia pandai mengambil hatiku. Dia juga telah mencuri ruang di hati dan mindaku. Aku seperti tidak percaya masih ada insan yang sudi dengan diri ini. Dalam benakku, aku sering memandang rendah terhadap diriku, kejamnya aku kerana bersikap sedemikian terhadap diri sendiri. Aku seorang yang kasar. Aku fikir, sikapku yang agak kelelakian menjadikan aku sukar untuk didekati rakan-rakan lelaki. Aku juga sering dipangkah oleh kaum lelaki di sekolahku. Ini berikutan aku seorang yang sering membantah dan tegas sekiranya aku tidak bersetuju dengan sesuatu. Aku menjadi semakin membenci terhadap pelajar lelaki di sekolah itu disebabkan sikap mereka yang menjengkelkan bagiku. Akan tetapi tak semua di kalangan mereka yang bersikap begitu, masih ada yang benar-benar baik pada pandanganku.

Berbalik kepada kisahku dan dia. Dia lebih tua dariku. Beza umur kami hampir 20 tahun. Namun bagiku yang masih mentah pada masa itu, aku tidak berfikir tentang itu. Sebaliknya bagiku, yang penting masih ada yang sudi melayan kerenah diri ini dan menerima diri ini seadanya. Dia begitu baik denganku di permulaannya. Namun, hubungan kami bertukar menjadi tegang apabila masuk bulan kedua. Dia mula berkata yang tidak-tidak kepadaku. Dia juga mengajarkan aku banyak benda yang tak sepatutnya dipelajari oleh gadis seusiaku. Aku menurut sahaja kemahuannya kerana dia mengugut mahu memutuskan hubungan kami andai aku menceritakan hal ini kepada sesiapa dan andai aku membantah kehendaknya. Aku jadi keliru dengan diri sendiri. Pada mulanya aku membenci perkara-perkara yang diajarkan olehnya. Namun lama kelamaan aku menjadi suka dan mula hanyut dalam apa yang dia ajarkan kepadaku. Aku tak mengerti. Kadang-kadang aku jadi bingung sendiri, aku juga jadi malu kepada diriku kerana aku merasakan aku kotor dan jahat jauh berbeza daripada rakan-rakan sekolah seusiaku. Tetapi hal ini masih ku simpan rapi daripada pengetahuan semua. Dalam masa yang sama, hidupku menjadi kucar kacir. Aku semakin hanyut dalam dunia cinta yang kami ciptakan. Untunglah aku bersekolah di sekolah berasrama, bahang cinta sedikit kurang dek sekatan peraturan di sana. Namun dalam meniti hari-hariku sebagai pelajar aku semakin bingung dengan diri sendiri.

Saat aku semakin hampir dengan peperiksaan besar, aku jadi tidak keruan. Aku mulai bimbang akan masa depanku. Dia sering memberiku semangat dan terus setia menyokong aku. Dia juga sentiasa berpesan supaya aku tidak mengabaikan pelajaran. Dalam pada sikapnya yang mengambil berat, daripada sudut lain dia menginginkan sesuatu dariku. Sesuatu berlandaskan nafsu. Aku yang dibutakan oleh cinta nafsu itu hanya mampu menurut keinginannya. Aku jadi pelik akan diri ini. Kenapa aku begini? Sedangkan aku sedari kecil sudah diasuh dan dididik sebaiknya untuk menjadi gadis muslimah yang tahu menjaga harga diri. Akan tetapi disebabkan hal sekecil ini, disebabkan cinta nafsu itu aku jadi leka dengan semuanya. Aku menyesal kini.

Saat keputusan peperiksaan hampir keluar, dia masih setia bersamaku. Dia sentiasa disisiku walaupun hanya sms pengganti dirinya. Aku bersyukur dengan keputusan peperiksaanku walaupun keputusanku tidaklah sebagus yang lain. Namun ku kira itu adalah yang terbaik yang Allah berikan buatku berdasarkan apa yang telah aku usahakan. Lantas daripada itu, aku memohon untuk masuk ke IPT yang terdapat di selatan tanah air bagi memudahkan kami untuk bertemu. Kami masih belum pernah bertemu sepanjang dua tahun perhubungan kami. Allah itu maha melindungi. Aku hanya berjaya menerima tawaran balajar di negeri kelahiranku. Dia amat kecewa denganku lantas menyalahkanku dan menuduhku sengaja ingin berjauhan daripadanya. Lalu dia menetapkan satu syarat kepadaku andai aku ingin hubungan kami diteruskan. Dia menetapkan syarat bahawa aku mesti memenuhi nafsunya walau sekali bagi meneruskan hubungan ini sebagai balasan dan hukuman kerana aku tidak berjaya mendapat tempat di IPT yang terletak di selatan tanah air. Aku merayu dan memohon kepadanya agar jangan bersikap sebegini. Aku juga mohon agar dia berfikir sewarasnya, namun dia tetap berkeras dengan syaratnya. Aku demam teruk semasa minggu orientasi di kolej ekoran memikirkan hal ini. Entah bagaimana aku terpanggil untuk melakukan solat sunat hajat dan solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk untuk memecahkan kebuntuan ini. Aku bermohon kepada Allah agar dikuatkan hatiku andai dia bukan jodohku. Usai solat maghrib pada suatu senja, aku menerima sms daripadanya bertanyakan tentang apa keputusanku terhadap syaratnya. Aku jadi bingung. Dia berterusan mendesakku agar bersetuju. Aku lantas menolak dan meminta maaf kepadanya. Aku juga memutuskan perhubungan kami pada saat dan ketika itu juga.

Mendengarkan keputusanku dengan tegas untuk memutuskan hubungan kami, dia menjadi bengang lantas memarahiku. Ku biar sms nya bertali arus memasuki telefon bimbitku sehingga peti masuk sms telefonku penuh dengan sms daripadanya. Sesudah aku berdiam diri dan tidak membalas sms darinya, dia menelefonku berulang kali. Namun hati ku sebak dan ku biarkan saja telefon bimbitku berbunyi. Aku pula pada masa itu berteleku dan rebah di sejadah. Aku menangis semahunya pada saat itu. Rakan-rakan sebilikku yang lain menjadi pelik dengan kelakuanku. Aku yang periang dan sering ceria menangis? Semestinya itu menjadi persoalan dalam kalangan mereka. Salah seorang rakanku menghampiriku lalu bertanyakan sebab aku menangis. Aku menceritakan hampir kesemuanya kepada rakanku itu. Dia hanya tekun mendengar dan sesekali dia mengusap tanganku. Sampai suatu saat rasa sebak itu sudah tidak tertanggung lagi lantas menyebabkan aku memeluk rakanku dan tersedu sedan di bahunya. Dia mengusap lembut belakangku dan menyarankan agar aku bertemu kaunselor. Aku malu dengan diriku, aku malu kepada sahabat yang baru kukenali itu.

Beberapa hari selepas itu, aku menerima sms dari ibuku bertanyakan tantang perkara itu. Aku jadi kaget. Ternyata dia tega membongkar cerita kami sehingga ke pengetahuan orang tuaku. Aku malu. Aku tidak tahu lagi bagaimana mahu menjelaskan perkara sebenarnya kepada mereka. Sahabatku mencadangkan agar aku berterus terang sahaja dengan kedua ibu bapaku dan mengakui kesalahanku kepada mereka. Sejurus itu, kesemua persoalan yang mereka tanyakan kepadaku, ku jawab sejujurnya. Daripada nada mereka, aku pasti mereka kecewa dengan apa yang telah ku lakukan di belakang mereka. Namun apa lagi yang mampu ku katakan, nasi sudah menjadi bubur. Bagiku, aku adalah anak yang teruk dan aku gagal menjadi anak yang baik kerana telah mengecewakan mereka. Berkali-kali aku meminta maaf daripada mereka. Mujur mereka masih memaafkan aku dan menerimaku sebagai anak mereka. Hidupku tenang seketika.

Aku mengandaikan semua ini telah berakhir. Akan tetapi, andaianku meleset sama sekali. Dia dalam diam masih menyimpan dendam terhadapku. Dia menghantar sms berbaur ugutan kepadaku. Dia mengugut mahu menyebarkan foto-fotoku yang tidak sepatutnya yang telah kuberikan kepadanya dahulu. Aku kembali menangis. Doaku kepada Yang Esa dalam setiap lima waktuku "Ya Allah aku bersyukur kerana diabawa olehMu ke pangkal jalan, Ya Allah beratnya dugaanMu buatku, Ya Allah lindungilah aku dari kejahatannya". Sekali lagi, aku menjadi binggung. Dia turut mengirimkan sms ugutan yang sama kepada keluargaku. Orang tuaku berbincang dan bersepakat membuat laporan polis berkaitan ugutan itu. Setelah itu kami menunggu tindakan dia yang selanjutnya. Dalam pada itu, ibuku berusaha menjauhkan aku daripadanya. Ibuku membawa aku ke kedai telefon dan kami menukar kedua-dua nombor telefon yang digunakan olehku. Ibuku juga membawaku berjumpa beberapa ustaz dan meminta mereka memberi dan berkongsi ilmu tentang beberapa ayat al-Quran yang boleh digunakan bagi membantu meringankan masalah ini. Aku diberitahu tentang beberapa ayat-ayat al-Quran selain ayat kursi untuk diamalkan bagi membantu mengurangkan permasalahan ini. Alhamdulillah, semuanya semakin berkurangan. Gambar-gambar itu masih berada dalam simpanannya dan masih belum disebarkan. Bagaimana aku pasti dengan hal ini? Aku sebenarnya sering menyemak gambarku di laman carian tentang hal-hal yang berkaitan agar aku berasa lega. Setakat ini aku masih belum temui gambarku yang tidak sepatutnya berada di laman carian yang sedia ada. Aku bersyukur Alhamdulillah kepada Allah kerana memelihara aku sehingga kini. Alhamdulillah sekarang, aku menjadi seorang yang lebih baik daripada dahulu.

Aku sekarang lebih memikirkan masa depanku. Aku yang sekarang lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu agar tidak menconteng arang ke muka sendiri dan orang tuaku lagi. Aku sekarang seorang yang sering mengisi dan menghadapi hari-hari mendatang berdasarkan ayat-ayatNya berbanding dahulu yang mengisi hari-hari dengan sms lagha dari sang kekasih duniawi. Aku yang sekarang lebih redha dalam soal jodoh berbanding aku yang dahulu. Namun aku sentiasa hidup dibayangi kesalahan lalu. Aku tidak boleh terlalu dikenali. Hal ini berikutan dia masih mencariku. Buktinya ialah apabila dia menghantar sms ugutan kepada seorang sahabatku supaya sahabatku membantunya mengesan kedudukan aku. Mujurlah sahabatku itu sememangnya seorang sahabat. Beliau memberitahu lelaki itu bahawa aku sudah tidak lagi berhubungan dengannya. Sahabat itu juga sudah membantu dengan menjelaskan bahawa kami tidak lagi belajar di tempat yang sama berikutan aku dipindahkan. Terima kasih sahabat.

Aku seperti hidup di dalam trauma setiap bangunnya aku pada waktu pagi. Kadang-kadang kesibukanku membuatkan aku terlupa tentang perihal kisah ini, namun setiap kali rasa cinta menjengah hati ini, aku jadi takut untuk menyambut huluran itu. Aku jadi cuak ekoran kisahku yang lalu. Aku jadi malu pada sang arjuna tentang kedudukan dan kisah hidupku. Namun satu hal yang aku rasa dan aku kira bahawa aku masih tersangat bertuah adalah ”AKU MASIH DARA”. Aku bersyukur kerana aku masih mampu mempertahankan itu walaupun susuk tubuhku sudah habis dillihatnya di dalam foto-fotoku. Walaupun begitu, aku masih berasa tidak senang dan gelisah ekoran foto-fotoku yang berada dalam genggamannya. Nasihatku kepada para gadis, hargailah diri anda dan seringlah berfikir dan mengutamakan diri sendiri sebelum memikirkan pasangan anda. Khilafku di sini dahulu saat aku menyayanginya lebih daripada aku menyayangi diri sendiri. Aku kini tidak lagi menyimpan perasaan cinta padanya. Benarlah madah yang pernahku dengar sebelum ini bahawa,
Jika kau cinta, maka jangan terlalu mencintai. Kerana kelak kau akan membenci. Jika kau benci, maka jangan terlalu membenci. Kerana kelak kau kan mencintai

Assalamualaikum.


**Semoga para muslimah dan gadis-gadis di luar sana tidak mengulangi kesalahan seperti ini dan menjaga penampilan serta kelakuan masing-masing dalam zaman dan arus moden ini.


p/s : saya tag Shah Jiehan, Ku Nur Izzati n Khairul Azim Mahamad...=)

6 comments:

Tuan Hijau said...

yg terbek la..hahah

mr E oSk girL said...

apa yg terbaek angah??huhu=P

fRaMe+LenSeS said...

wahhh.. tahniah ;)

peNulis SeNjA said...

thnks yer ... huhuhu best best

mr E oSk girL said...

nadh : thanx....u're always a good fren of mine...=)

mr E oSk girL said...

wan mohd salim : biasa saja...terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...