me and my music ^_^

i am what i am!!

My photo
I am just a simple girl. Seorang gadis yang sedang-sedang dalam segala aspek bermula dari A sampai Z. Kalau nak tahu pasal aku boleh tanya. As simple as that. My dream is to be love by someone who will be a father of my kids and not to be hurt. So typical right?

blogger buddies!! ^^"

Saturday, April 9, 2011

Ini Surat kepada bakal suami saya ^_^

Assalamualaikum…

Kepada Mr. ________________ ,

Terima kasih sebab lamar saya jadi suri hidup awak. Saya sedikit terharu dengan lamaran awak. Masa awak lamar saya tu, saya terkejut cipan taw? Cipan pun tak terkejut macam saya. Sebabnya saya tak sangka pun yang awak betul-betul kotakan apa yang awak cakap. Eh, kenapa saya skema sangat ni? Hehe=P

Mulanya, saya ingatkan awak tak suka saya pun. Ye la kan, dalam banyak-banyak gadis yang awak kenal, siapa la saya berbanding mereka yang cun & hot tu (mata ke atas, tangan ke dada). Depe tu memang la cun sikit daripada saya, tapi saya ni cun banyak daripada depe. Haha.. Kalau tak, tak kan la awak nak jatuh hati dan lamar saya k0t. Ye dak?

Tujuan saya tulis surat ni sebab saya dah bosan la fikir siapa yang boleh jadi suami saya. Tak de la saya kemaruk sangat nak kahwin masa ni, tapi saya bosan tertanya-tanya dengan masa depan. Jadi, saya pun buat keputusan untuk tulis surat ni. Masa awak dapat surat ni, tahulah awak bahawa saya hanya cintakan awak seorang walaupun ada Lee Min Ho, Aliff Aziz mahupun Ashraff Muslim datang mengorat saya. Wek4=P Sengaja saya bagi surat ni sehari sebelum kita nikah supaya awak tahu saya ni macam mana dan apa yang saya nak dalam hidup berumah tangga. Sebelum tu, saya tak taw nak panggil awak apa la. Jadi saya rasa saya panggil awak sayang la.

Pertama sekali, saya nak cakap sesuatu. Saya nak antara kita kalau boleh biarlah tiada rahsia di masa akan dating. Yang masa dah lepas-lepas tu tak apa la, kita abaikan je. Awak jangan rahsiakan apa-apa taw? Kalau nak rahsia pasal “surprise” birthday saya tak pe la, yang tu saya tak kisah pun. Kalau awak kantoi ada rahsia di belakang saya, siap la awak dengan saya. Saya akan mogok tak cakap dengan awak sampai la awak mengaku dan awak jelaskan semuanya kat saya. Ok tak?

Awak, lagi saya nak awak tahu yang saya tak nak kita bergaduh di kemudian hari. Jadi, saya dah rancang siapa yang kena belanja untuk apa. Awak akan bayar segala bil yang ada dalam rumah kita dan saya pula akan belanja untuk bahan dapur rumah kita. Awak mesti la bayar lebih sikit, awak kan gaji lagi besar. Lepas tu, kalau kita keluar makan awak la belanja ok? Awak jangan risau, saya tak kejam la, kalau awak sesak, saya akan cover guna duit saya untuk bayar bil. Masa awak sesak kita kongsi la ye?

FYI, saya ni seorang yang tak sukakan binatang peliharaan. Awak tak dibenarkan membela di dalam rumah ye? Saya bukan apa, saya takut nanti awak terlupa nak jaga sangkar atau akuarium tu,busuk lak rumah kita. Saya tak suka la busuk-busuk ni. Kalau awak nak juga bela, sila tinggal di luar dan jangan biarkan beliau berkeliaran ye? Saya tak boleh la, saya geli. Saya hanya suka melihat haiwan je, tapi saya sangat sayangkan kanak-kanak.

Oh, pasal sayangkan kanak-kanak tu, saya memang suka kanak-kanak sangat. Saya kalau boleh nak kita rancang keluarga kita. Cukup la ada anak dalam 4-5 orang je. Tak de la, kang kalau ramai-ramai awak juga yang pening. Biarla kita tanggung apa yang termampu ok? Tapi kalau ada rezeki lebih, saya redha je dengan takdir Allah. Kalau awak nak anak ramai-ramai sangat, saya boleh je lahirkan untuk awak sayang, tapi awak la kena jaga sepanjang masa tempoh sampai anak kita tu pandai berjalan dan pandai u’uh kat tandas. Saya tolong sikit-sikit je ye? Lagi satu, cakap pasal anak-anak ni, saya dah rancang nak buat macam mak saya buat untuk kami adik beradik. Kita potong gaji bulanan dan buka akaun untuk anak-anak. Kalau boleh, akaun tabung haji la sebab yang tu susah nak keluarkan. Ini penting bagi dana pengajian anak-anak kelak. Duit ni kita jangan sentuh taw?

Saya ni bukan la kerja chef kat hotel ribu riban bintang tapi kalau setakat nak isi perut kita dan anak-anak nanti, InsyaAllah la kita tak kan sakit perut makan masakan saya. Awak jangan nak risau la, saya pandai masak taw walaupun saya ni dari tingkatan 1 sampai la masuk university duduk kat asrama tapi saya ni pakar taw masak-memasak berbanding adik-adik saya (opkos la sebab adik-adik saya lelaki.haha) Saya suka kalau saya masak, awak makan bertambah-tambah. Benda yang paling saya pandai masak ialah roti sosej. Yang tu memang best untuk makn petang. Nanti awak rasa la roti sosej saya yang special tu. Air tangan isteri awak yang comel ni.

Kalau pakaian pulak, saya suka kita shopping sama-sama. Kalau nak beli apa-apa, baik pakaian mahupun barang dapur, biarlah kita bersama. Baru la boleh saling tegur menegur. Mana la taw k0t k0t la baju yang awak suka tu tak sesuai dengan awak, boleh la saya beritahu awak. Lagi kan, saya tak kisah pun basuh baju-baju awak. Cuma, awak jangan nak malas-malas, letak baju dalam bakul, dan jangan lupa keluarkan awal-awal isi poket dan kocek baju dan seluar awak tu. Saya tak suka kerja yang leceh. Lagi awak kena tolong angkatkan kain setiap petang ye? Kalau awak lambat saya tolong lah. Baik kan saya? =P

Hujung minggu kita habiskan masa bersama ye? Hujung minggu kita kena la kemas rumah kita yang banglow tu. Penat la kemas sorang. Awak kena la tolong. Awak ditugaskan untuk cuci longkang dan tandas serta bilik air ye? Saya pulak akan kemas ruang tamu, ruang makan, dapur dan bilik tidur kita. Stor kita kemas sama-sama ye sayang?

Malam-malam pulak, kalau awak nak keluar bersama rakan-rakan kelab kereta atau main badminton atau futsal dengan kawan-kawan ke ataupun nak pegi ngorat mamak ke, saya benarkan tetapi dengan syarat awak mesti balik sebelum pukul 12 tengah malam. Kalau tak, awak dihukum tak boleh keluar malam selama seminggu. Haha..padan muka awak…=P

Akhir sekali, saya harap kita dapat solat jemaah maghrib atau isya’ setiap hari. Saya tahu kita sama-sama sibuk tapi, saya teringin sangat nak jadi makmum awak walaupun sekali sehari. Bukan apa, saya suka nak dengar dialog awak dengan Pencipta. Saya suka mengaminkan doa’ doa’ kita bersama. Awak tak kisah kan? Saya tahu awak ok. Kalau tak, tak de la awak lepas ujian daripada keluarga saya. Hehe=P Sebab tu la saya sayang awak dan pilih awak berbanding yang lain-lain tu. Saya pun harap kalau kita bersama dapat ajar anak-anak kita mengaji nanti.

Saya bukan nak cakap kosong atau riak ke apa, tetapi awak teramatlah bertuah dapat saya dan saya juga bertuah sebab awak sayang saya. Awak jangan nak menjalang dengan perempuan lain taw? Kalau nak kahwin lagi, awak minta la kat saya. InsyaAllah saya benarkan. Tetapi ada la syarat-syarat nya. Tengok, bertuah kan? Bukan senang taw nak dapat isteri baik macam saya ni. Kui3...Saya tak akan sama sekali tinggalkan awak keseorangan. Itu janji saya pada awak. Saya dah jatuh cinta la pada awak saat awak lepas daripada ujian keluarga saya. ^_^

Saya sayang awak.

Yang benar,

Bakal isterimu… Teka Teki Misteri…

9 comments:

H Y D E said...

nicely written. keep it up!

mr E oSk gurL said...

thanx hyde....keep on reading...=)

Anonymous said...

spelling error paragraph 4 n 12 :)

Erin Azizan said...

erk..panjangnya surat dia kt bakal suami...hehehe

THE KUCHALANA said...

http://www.facebook.com/notes/amirul-badrul-badrul/sekadar-berseloka-jgn-marah-ya-kaum-hawaheheheh-marah-ka-jgn-marah/209222859106603

baca la,rebel surat kau haha

fRaMe+LenSeS said...

wahh. cambesh ja.. hehehe.. ;)

angah said...

wahh jiwang nya..ahhaha

mr E oSk gurL said...

anon : dh repair...thanx...=)

kak erin : baru la syg klu dia baca...=)

kupi : ok2...aku baca...=)

mr E oSk gurL said...

nadh : cam best je...x best pn...huhu=P

angah : erk...malu sgt aih....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...