me and my music ^_^

i am what i am!!

My photo
I am just a simple girl. Seorang gadis yang sedang-sedang dalam segala aspek bermula dari A sampai Z. Kalau nak tahu pasal aku boleh tanya. As simple as that. My dream is to be love by someone who will be a father of my kids and not to be hurt. So typical right?

blogger buddies!! ^^"

Thursday, December 22, 2016

Pocket Tips pasal Perempuan.

Hye guys. Memandangkan I nampak macam ramai je terpinga-pinga tak tahu apa yg perempuan tak suka sangat & sikap yg perempuan rasa macam susah untuk terima, I tolong lah senaraikan sikit ni. Harap membantu.

Perempuan tak suka sangat:

1. Lelaki kaki belit
Yang ni, korang lelaki tolong la jujur je kalau dah memang dalam perhubungan, jangan menipu. Selain tu jangan reka2 alasan, kalau nak main game, cakap je la nak main game. Kalau I, I ok je.

2. Lelaki yg nampak sangat terdesak
Terdesak tu macam u terlampau push perempuan tu untuk terima u atau untuk kenal u. Bagi masa. U boleh usaha tapi jangan nampak macam u terdesak sangat. Biar benda tu nampak natural.

3. Lelaki terlampau ego
Lelaki & ego, I taw susah nak dipisahkan tapi, dalam hal ni u kena pilih ego u atau dia. Tak kan la sebab ego u, u tak sanggup nak confess kat dia yg u syg & dah lama suka dia? Kalau mcm tu, u kena betul2 ego la tengok dia dengan org lain, jangan jeles pulak nanti.

4. Lelaki pandang rendah orang lain
Jangan sesekali u rendahkan org lain, lagi2 pesaing u. Kalau dalam nada gurau tu ok je if u dgn dia dah declare tapi kalau belum apa2 u dah sibuk rendahkan org lain, jangan salahkan I kalau dia tak pilih u. hehe.

5. Lelaki kedekut melampau
Alamak.. jangan la kedekut sangat bro. Kalau u ajak dia keluar, takkan u nk harap dia payung u semua kot? No..no..no... ni bukan pasal materialistik, ni pasal etika u la sbg lelaki, u yg ajak keluar, u la belanja, if dia ajak & u tak dak duit.. cakap ja tak dak duit..kalau dia tak material, dia akan faham & tak kan paksa u atau dia yg akan belanja u bro if dia memang berkeras nk keluar. Lagi satu, 1st date kt tempat biasa2 & yg u mampu bayar sahaja sebab u yg kena bayar kan? haha.

6. Lelaki kaki paw duit
Mak aiii...jangan terkejut bro.. memang wujud... u boleh test gadis u tapi u jangan sesekali paw dia, kalau tak, habis la u...U test la dia dengan cara pinjam RM50 je, cukup bulan u bayar balik on time plus siap bagi coklat sikit sebagai penghargaan. Lepas ni dia mesti tak lokek & dia percaya u. Tp ingat, jangan paw duit dia. Time ni la u boleh nampak dia ok ke tak nak tolong u.

7. Lelaki suka cakap lucah sepanjang masa.
Ni pantang. Kalau boleh jangan langsung. Melawak lucah pun jangan. Kalau berkias ok lagi kot terpulang kepada jenis perempuan. Tapi sebaiknya jangan. Nanti dia ingat u pervert, miang, gatal. Dah tak pasal2 melepas je... haish...

8. Lelaki diktator
Diktator ni macam suka tunjuk yg u berkuasa mutlak la sebab u lelaki. Heyy... u tak boleh macam tu bro lebih2 lagi dekat gadis2 yg educated ni. U kena beri pendapat u dan biar dia fikir. Jgn la cakap ayat yg mcm "u salah, u tak tahu, u perempuan...I lelaki, u kena ikut cakap I sebab I lelaki.." trust me it won't works. U kena bagi ayat lebih kurang macam ni, "I rasa, u tak patut la mcm tu..tapi terpulang, u kn dh besar, boleh nilai sendiri, I bg pendapat I je." Percaya lah yg dia akan ikut kalau dia pandai fikir

9. Lelaki tak faham bahasa
Tak faham2 bila dia dah tolak u. U bagi dia masa. Kalau dia tolak u, u biar dia tolak u, 3 kali ja. Kalau dia suka u gak, dia akan teringat je effort, usaha u yang sampai 3 kali tu. Kalau tak, u cari lain je bro. U kan lelaki, macho pulak tu kan.

10. Lelaki kaki pukul
Jangan sesekali u pukul dia walaupun dia cabar u. Biar u nampak dayus sebab tak pukul dia masa dia cabar u daripada u nampak dayus sebab u pukul dia. Walaupun dia mungkin jahat, u jangan pukul dia, perempuan bukan level u la untuk u pukul. Usah la rendahkan level u bro dgn cara pukul perempuan. Sabar kena tinggi, lagi2 dengan perempuan keras hati, keras kepala... macam I.. erk.. ok bro... Assalamualaikum.. Selamat sejahtera.. harap tips ni berguna untuk semua... ❤

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...