Dah lama aku tak tulis blog. Disebabkan aku sure dia dah tak baca blog aku, jadi aku nak tulis kat sini.
Baru2 ni aku dah bertunang dengan lelaki ni. Let us call him as T. T ni masa dulu aku kenal dia, lembut, baik, soft spoken.
Aku tak pasti la kenapa makin lama aku dengan dia, makin kasar & makin tak endah dia nak jaga hati aku. Mungkin sebab aku kot yg terlampau santai dan aku tak pernah nak betul2 warn dia cam tu.
Aku ni sejenis senang, cepat lembut hati, lagi2 dengan orang yg aku sayang. Jadi, tiap kali dia tersalah laku, tersalah cakap, aku merajuk pun sekejap gila, lepas tu aku buat macam tak de apa jadi. Mungkin kat situ silap aku sampai dia dah terbiasa kecik kan hati aku tanpa dia peduli nk kena pujuk ke apa.
Sebelum aku kenal dia, kahwin ni aku dah exclude terus dari list aku sampai aku berjaya setel hutang dan stabilkan financial aku. Tapi... lepas kenal dia, all my money is dedicated to our wedding.
Masih dia tak trust, tak rasa, tak percaya yg aku nk kahwin dengan dia. Sebab aku selalu ugut putus tunang, etc.
Padahal semua tu aku cakap sebab aku nak dia tu sedar yg aku tak boleh nk bersama dia yg perangai macam sekarang.
Aku rindu T aku yg dulu, yg panggil aku dengan lembut. Yang tak pernah nak maki aku cakap palatau, cakap pala otak. T yang tak pernah salahkan aku bila dia gagal urus masa dia. T yang tak keluarkan rokok pun depan aku. T yang sangat berhati-hati bila bercakap sebab nak jaga hati orang. Hmm..
Dear T,
Saya tunang kamu. Saya rindu kamu. Saya tak suka kamu berkasar dengan saya dan ketahuilah bahawa, saya hanya boleh dilentur dan dilembutkan dengan kelembutan. Kalau kamu berkasar dan berkeras, kita akan gagal. Saya tahu sukar nak berlembut, tapi once kamu dah berlembut, saya akan jadi lebih bertimbang rasa, lebih berfikir tentang sikap saya yg serba kurang ni. Maaf sebab saya bukan tunang yg baik.
Yang rindu encik T yang dulu,
M
No comments:
Post a Comment