me and my music ^_^

i am what i am!!

My photo
I am just a simple girl. Seorang gadis yang sedang-sedang dalam segala aspek bermula dari A sampai Z. Kalau nak tahu pasal aku boleh tanya. As simple as that. My dream is to be love by someone who will be a father of my kids and not to be hurt. So typical right?

blogger buddies!! ^^"

Showing posts with label sengal betul.... Show all posts
Showing posts with label sengal betul.... Show all posts

Friday, December 28, 2012

Asal aku ok~

Ulas pasal tajuk panjang2 sangat pun tak guna gak kan?

Tajuk tu adalah berkaitan dengan entry aku yang ni.

Berkisar tentang kenapa aku rasa waktu sekarang ni macam kurang sesuai untuk aku berpasangan.

Ye la.. Asal aku ok sudah... ^_^

10 (SEPULUH) Sebab kenapa aku tak perlukan pasangan buat masa sekarang :

1. Aku masih belajar. (cliche sangat2 kan?)
2. Masa tak sesuai la. Aku baru lepas rabak wey. Agak2 la ko nak berpasangan terus.
3. Impian banyak lagi yang belum tercapai. (nak pegi kelilingi dunia)
4. Lifestyle, mindset, environment masih di alam bujang remaja. HOYEAH!!
5. Tengok baby memey la comel tapi kang kalau dah dia melalak malam2 aku rasa aku pun tak sedar weyyy. Nak mati kalau dapat menantu cam aku? haha
6. Pelupa teruk. (Aku boleh jadi terlupa yang aku dah kahwin nanti kalau aku kahwin skang ni) ahakz~
7. Mak aku confirm.... TAK BAGI... sebab aku taw dia kenal sangat la perangai buruk baik anak gadis dia yg sorang ni...
8. Hutang banyak, bukan tahap keliling pinggang lagi dah. Dah tahap keliling Malaysia pun ada la kot.
9. Aku bukan contoh terbaik buat kanak2 bawah umur. #Kids, please don't try this at home. haha
10. Kurang keyakinan dan kepercayaan kepada komitmen dalam perhubungan. (based on previous cases, bro)


Tapi kan, ape kejadah aku dok cangak lagi sambil bermalas-malasan? Mana azam sebakul aku yg sebelum cuti tu? Semuanye puiiii....Hampagas, pemalas teruk!!

But, May Allah bless. HE always know the best for me. Have faith, insyaAllah great things awaits you ^_^

Ok la... Ola Oli Cikebum Cikebum sekalian...



See ya!! ^_^

Muka serabak hati. Tapi hati lebih rabak. Senyum je yg mampu!

Wednesday, December 19, 2012

Kenapa doktor tu hot?

Sementara cuti ni, boleh rasanya kalau aku ambil kesempatan ni nak update sepam dua kat blog aku ni... aku ni tak dak la pandai sangat nak cerita apa2 pun kat korang semua...

Cuma nya lepas dah explore setting baru ni rasa terpanggil pulak untuk update blog yang tak seberapa ni... Nak update pasal apa pun tak taw la lagi...

Ada satu persoalan kat sini... Kenapa aku rasa doktor sangat hot? Kalau dapat suami doktor sangat lah bertuah tapi kalau dia on call...kena la tunggu sorang2 kt umah tu #loner

SEPULUH (10) sebab aku rasa kenapa doktor hot :

1. Sebab dia wat degree lama2 tapi dia boleh tahan dengan tempoh tu (nampak kesabaran di situ)
2. Sebab doktor memang bijak, kalau tak bijak confirm la dah kena kick time study (erk...kidding)
3. Sebab doktor friendly. Doktor perlu ramah dengan masyarakat. Suka sangat tengok doktor.
4. Doktor sangat berkebolehan dan boleh diharap bila berlaku kecemasan.
5. Jubah putih doktor sangat lah cool yg menampak kan dorang hawt sangat2... Ouch!!
6. Doktor adalah seorang yang tahu apa dia buat. Berwawasan... Suka nye lelaki cam ni!! grrr~
7. Doktor selalu nya ada asas agama dalam kehidupan.
8. Doktor tak de banyak masa untuk dibuangkan cam tu je.
9. Pendapatan tetap. Kewangan kukuh. (erk...maybe)
10. Selalu nya doktor-doktor yang aku jumpa kat hospital muka dorang bersih suci lagi kacak... hehe (ini sebab yg paling tak relevan)

Aku tulis ni saja la sesuka isi masa lapang sambil2 online ni...Jangan anggap serius lak wey... Tak de la aku cakap pekerjaaan lain tak bagus...dan tak pulak aku nak anggap doktor ni calon menantu pilihan mak2 mertua... idok ler sampai cenggitu...cuma nye entah kenapa entah aku dok suka je tengok doktor-doktor ni...


Alahai comel pulak roleplay costume doktor ni bila dipakai oleh budak2 yg comel ^_^



Tapi tak ler pulak aku simpan harapan, impian untuk kahwin dengan doktor nanti... Kalau ada rezeki tak taw la kan.... Ok la... Ola Oli Cikebum Cikebum sekalian... selamat bertemu sua jodoh...semoga berbahagia!!


See ya!! ^_^

Sunday, December 4, 2011

Kisah Datuk Lee Chong Wei, Mark Zuckerberg, George Bush, Saddam Hussein dan seorang budak...

Sebuah pesawat yang membawa 5 org penumpang telah mengalami kerosakan enjin dan tinggal masa utk terhempas. Malangnya hanya ada 4 beg payung terjun sahaja di dalam pesawat tersebut.

Penumpang pertama berkata...

" Aku Datuk Lee Cong Wei. Malaysia amat memerlukan aku dalam kejohanan All England. " lalu dia pun mengambil beg pertama dan terus terjun.



Penumpang kedua pula berkata...



" Aku Mark Zuckerburg. Takde aku, takde Facebook. So biarkan aku hidup. " lalu mengambil beg kedua dan terus terjun.

Penumpang ketiga muncul...



" Aku bekas presiden Amerika Syarikat George W. Bush. Aku ada tanggungjawab untuk menjaga negara dan rakyat. Tambahan pula aku seorang presiden yang terpandai dalam sejarah Amerika. Aku juga bla bla bla... " 10minit berlalu, dia mengambil beg ketiga dan terus terjun tanpa menoleh kebelakang.

Penumpang keempat pula Saddam Hussein berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun.



Katanya :

" Aku seorang muslim dan biarkan Allah sahaja yg menentukan nasibku. Kamu ambillah beg payung terjun tersebut dan selamatkanlah diri kamu.

Lalu budak tersebut pun berkata...



" Jangan bimbang pakcik, ada satu lagi beg payung terjun untuk pak cik. Presiden yang kononnya terpandai dalam sejarah Amerika itu telah terambil beg sekolah saya "



p/s : hahahahahaha....aku rasa cerita ni kelakar sebab tu aku share....ni bukan original erita dari aku....sekadar gurauan saja.... :)

Saturday, April 16, 2011

pantai



pantai,

lautmu bergelora....

hatimu di tengah lautan....

lautan membiru....

pantai,

hatiku tak sebiru lautmu....

tak setenang airmu....

minda ku pasang,

juga surut seperti gelombang ombak mu....



pantai,

anginmu sedamai bayu...

bayu yang melambai....

melambai pemergian gelisahku...



pantai,

temaniku saat jauh darinya,

di sisiku saat hati berduka,

dalam mindaku menjadi rindu detik

fikiranku celaru....



pantai,

kurniamu dariNya menenangkanku,

memberiku sesuatu...

mengunci rahsia hati...



p/s : buah tangan dari pantai penyabung, mersing utk semua pembaca most of all about....what?? =)

Saturday, February 12, 2011

malunye!!!

adeh...cite nye berlaku baru 30 minit yg lalu.....cm ne la leh jd cm tu??begini ceritanya....

pada suatu tengah ari yg panas....dlm 30 org gak yg berada d kafe tu....da yg mkn....da yg dating...n ada yg studi....aku baru je lpas mkn....dak finas "weyh,ko xde keja kn??...nah ko g beli air..."....aku pn "ok" smbil blah...then aku p order air kt m.cik slasih...dh la msa order tu aku cm mengelamun sket...huhu....then aku dh dpt air...aku pn blah la cm biasa....tiba-tiba..."PLUP" aku jatuh beb.....malunye.... dh la kt situ da bdk senior 2 org...bdk tu pn terkejut tgk aku leh t'jatuh posisi ala2 nk balet kt situ...malu gila siot....then dia tya aku "ok ke??leh bgn ke??" aku pn..."xpe2..ok je.." dgn rsa yg malu gila xsmpat pn nk pndg dak tu laju je aku lari bg air kt dak finas....yg si nasir n fizah dh b'dekah2 gelak kn aku...kuang asam....ni la pristiwa pling malu dlm idup aku....adeh...pastu d0rg pn d0k kecoh la citer2 mcm mna aku jatuh kt dak finas...aku pn tumpang la gelak skali sbb aku pn rsa klakar d ats kejatuhan aku tu....maka dgn ini,secara rasminya,jatuh la saham aku sbb aku t'jatuh dpn ramai budak2 senior....wuuu....='(

sekian,itu la cite nya....~

p/s : kpd awk2 sekalian...b'hati2 d jalan maw pn d kafe k??n kpd senior itu...saya sgt malu kpd anda n rakan2 anda..."TIDAK!!!!!"

Tuesday, January 25, 2011

baru2.. ;P

suka nya...blog saya dh berubah wajah....waaah...teruja2....best2....x sabar nk tgk apa lg yg leh wat dgn blog ni....hmm....skang ni bz sket...tp idup makin best...mood ok je...taw npa makin best??sbb makin mencabar la....ok la...xnk cite pjg...gtg...jmpa nnti...=D

Friday, December 25, 2009

...LaWaK fAkTa...

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ¿.Italy¿., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca blog post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...